Kurasa gemuruh dan kadangkala rasa amat takut
Dan rasa malu dan resah
Bertenang
Dan bernafas
Jangan lupa yang kaumampu
Itu pun dia
Jom sertai saya
Bila tapak tangan mula berpeluh dan hampir terkencing dalam seluar
Janganlah gelisah
Jangan sampai tak cukup nafas
Tapi kalau memang rasa macam nak pengsan, kauboleh melakukan
Memang boleh dan yakin dapat lakukan
'Kau memang kuat dan hebat dan sangat pintar
Jika kaugerun dan takut, bawa bertenang
Janganlah kaurisau, 'kau sangat hebat
Ah, dah lega dah!
Mari
Jika kaumasih meragukan diri, rasa nak pitam dan nak termuntah
Jangan fikirkannya, jangan ikutkan perasaan
Lupakan sahaja segala yang memeningkan
Jangan tunduk padanya
Memang boleh dan yakin dapat lakukan
Engkau berani dan gagah dan sangat kuat
Jangan kisahkan semua yang mengganggu minda
Tunjukkan tenaga
'Kau sangat hebat
Tak ada yang kauperlu takuti
Semua neurosis pasti 'kan hilang
'Kau memang boleh dan yakin dapat lakukan
Tak perlu gugup atau takut sebab 'kau 'dah hebat
'Kau tidak lagi terkandas di kegelapan
Usahlah kautakut, 'kau sangat hebat