Frollo
Dunia ini teramat kejam
Hanya aku yang fahami sepenuh jiwa
Akulah temanmu
Akulah yang mengajarmu semua
Aku yang sentiasa di sisi
Tak mungkin dapat aku
Tinggallah sahaja di sini
Ku di sisi
Frollo (Quasimodo)
Tak sempurna (Tak sempurna)
Dan menakutkan (Dan menakutkan)
Dan dunia luar takkan memahaminya
Kau takkan fahami (Engkaulah penyelamatku)
Mereka 'kan panggil engkau raksasa (Aku raksasa)
Mereka 'kan benci padamu (Hanya raksasa)
Apalah yang kaucari di luar sana?
Di sini, setia padaku (Kusetia)
Ingatlahku (Kusyukur)
Dengar kata, ingat tinggal sini (Tinggal sini)
Quasimodo
Di sebalik tingkap dan dinding batu ini, kulihat dunia di bawahku
Sepanjang hidup, tak berteman
Kuseorang memerhati dari duniaku
Kukenal setiap wajah itu biarpun tak pernah kubersua
Sepanjang hidup hanya satu kuinginkan
'Tuk bersama dengan mereka
Di sana, sinar mentari
Beriku sehari
Itu sahaja untuk selamanya
Sana, tak perlu keseorangan
Kuberi segalanya
Hanya sehari sahaja
Di sana mereka melalui kehidupan seharian
Tak pernah soalkan
Ada sahaja yang salah yang dipersalahkan
Tak syukuri nikmat kehidupan
Andainya itu aku, syurga di tanganku
Sana, sungai yang nyaman
Bagi yang biasa seperti mereka ke sini, sana
Aku takkan sekali, kujanjikan, akan meminta, menyesal, meronta
Daku tak mengalah
Sehari, luar sana