Dahulu aku anak kecil yang tak pernah peduli
Pelbagai perbuatan yang tidak wajar telah kulakukan
Dan segala kesusahan yang telah kuberikan
Mama kini ku di sini untukmu
Atas saat-saat kumembuatmu menangis
Hari-hari yang mana kumembohongimu
Sekarang tiba masanya kau bangkit
Dari segala yang telah kaukorbankan
Chorus:
Oh, andainya kubisa memutarkan semula masa
Andainya kubisa ubah perlakuanku yang sebelumnya
Kubersumpah ku akan
Akan mentaatimu
Ibu, kini ku sudah dewasa
Segalanya sudah berubah
Kumahu membuatmu tersenyum setiap hari
Ibu, kini ku sudah dewasa
Dan masih belum terlambat
Kumahu membuatmu tersenyum setiap hari
Akhirnya kini kufahami
Segala nasihatmu
Tentang hari-hari yang mendatang
Kerna kini ku juga mempunyai anakku sendiri
Dan walaupun daku sungguh nakal dahulu
Banyak telah kupelajari daripadamu
Sekarang kucuba lakukannya
Yakni menyayangi anakku sepertimana kau menyayangiku
CHORUS
Ketahuilah bahawa kaulah yang terutama bagiku (x3)
Oh, oh, terutama bagiku
Tiada siapa dalam dunia ini yang bisa menggantikanmu
Oh, maafkanku andai kumengambil ringan terhadapmu, ooh
Kan ku gunakan setiap peluang yang ku ada
Untuk membuatmu tersenyum, ketika ku di sampingmu
Kucuba menyayangimu sepertimana kau menyayangiku
Tuhan saja yang tahu betapa bermaknanya dikau buatku
CHORUS
Ketahuilah bahawa kaulah yang terutama bagiku (x3)
Oh, oh, terutama bagiku