Cuba pendam rasa geram
Cuba sisih rasa pedih
Ya, aku masih anak warga Madrigal
Biar pun tangisan bergenang sinarmu membuatku senang
Bertenang, bertenang
Tak mampu ku gegar bumi agar bersemi bunga yang menemani lara hati
Menanti kesaktian
Tak mampu ku ganti gerimis dan badai yang melanda diri
Tak mampu ku halangi kesakitan yang menusuk kala menantikan kesaktian
Langkah tak berteman menadah pedoman
Termangu di depan pintu yang akan menentukan
Mencari peluang diberi aliran
Tak lagi terbuang di pinggiran
Buka mata
Buka mata
Buka mata
Akan ku gegarkan bumi agar bersemi bunga yang menemani hala pasti
Pada kala ku menantikan kesaktian
Akan ku serlahkan hikmat sakti yang baharu
Membelah hati agar kau tahu
Bahawa aku jemu menantikan kesaktian
Takkan lagi tunduk menanti
Dengan semangat jitu dan jati
Ku pinta agar diriku dirahmati dengan satu kesaktian pada kala yang dijanjikan