Rapunzel :
Hentikan semua
Apa sahaja yang mengganggumu
Selesaikanlah kemelutmu seperti selalu
Cassandra :
Tidak
Hentikan semua
Dikau kan lah sahabatku?
Dan tak pernah sedar akan caramu seperti selalu
Rapunzel (Cassandra) :
Cassandra, dengar (Kumendengar)
Dengar ceritaku (Baiklah)
Cuba lihat mataku (Ya)
Kaupasti 'kan tahu (Mungkin betul)
Cassandra, dengar (Mendengar)
Masih ada peluang
Sebelum semuanya terlambat dan segalanya hancur musnah
Tunggu (Tunggu? Jangan harap)
Cassandra:
Kalah dan menang itu besar bezanya
Mereka yang terpilih, istimewa
Kubuat yang terbaik
Kusedar asal dan usulku
Daku tak bertuah tak sepertimu
Memang begitu besarnya beza kita
Kaubuat kufikirkannya selalu
Walaupun 'ku selalu mencuba tapi 'ku tak berpeluang sepertimu
'Kau tak pernah merasainya
'Ku tidak mampu lagi bersabar
'Ku terus mara
'Ku takkan mengalah
Jaga-jaga, kini masaku
Akan kurebut segala milikku
'Ku 'kan korbankan segalanya
'Ku 'kan terus mara
Walaupun kita 'kan terpisah
'Ku terus mara