Kau tidurlah Kovu
kau bermimpilah
hingga sampai masanya
dia mesti memilih
Ku dituduh, dikhianati
tak mampu bela diri
bila ku kenang kembali
menyakitkan hati
namun ku kerap bermimpi
ubati duka ini
telah lama ku kaburi
sepanjang hidup ni
Saat terakhir si Simba
tangisan sedih anaknya
kekecewaan sebenar
itu janjinya
Ku cuba lupakan semua
maafkan musuh juga
sayangnya tak semudahnya
aku biarkan sahaja
Akhirnya dapat kau jumpa
kau kan mencari simba
pertempuran kan berlaku
dah lama aku tunggu
Kemarahan yang sebenar
dan emosi yang membara
simfoni oh kematian
itu janjinya
Tanpa Scar, kini dengan Zira
mencurahkan kasih
hinggalah sampai masanya
dia mesti memilih
Tidurlah si kecil
yang amat aku kasihi
bila dewasa nanti
kau menakluki
Kumpulan gagah berperang
laungan Kovu terngiang
(serang dan perang! Saksikan!)
ku dengar sorakan
(Kovu, hebatnya!)
masa pun dah tiba
menuntut dan membela
yang terkorban jiwa
itu janjinya