Sayangku, suatu hari nanti kau kan meninggal dunia
Tapi ku kan dekat di belakangmu
Ku kan ikutmu ke dalam kelam
Tiadanya cahaya terang-benderang, ataupun terowong menuju ke gerbang surga
Hanya tangan kita berpegang erat
Menunggu sepercik cahaya
Jikalau surga dan neraka berputus
Bahawa mereka berdua telah puas
Dan menyalakan "TIADA" pada tanda ruangan mereka
Jikalau tiada sesiapa di sisimu
Apabila rohmu berangkat pergi
Kan ku ikutmu ke dalam kelam
Di sekolah Katholik, sekejam jajahan Roma
Seorang wanita berpakaian hitam melebamkan buku jariku
Dan ku berdiam diri apabila dia berkata
"Anakku, kegentaranlah asas cinta"
Jadi ku tidak pulang ke sana lagi
Jikalau surga dan neraka berputus
Bahawa mereka berdua telah puas
Dan menyalakan "TIADA" pada tanda ruangan mereka
Jikalau tiada sesiapa di sisimu
Apabila rohmu berangkat pergi
Kan ku ikutmu ke dalam kelam
Kau dan aku dah mengunjungi segalanya
Dari Bangkok ke Calgary
Dan kini tapak kasutmu dah buruk usang
Masa dah tiba untuk melelap mata
Tak apa, kita tidak perlu menangis
Karna kita kan berpelukan, tidak lama lagi
Dalam bilik yang paling gelap
Jikalau surga dan neraka berputus
Bahawa mereka berdua telah puas
Dan menyalakan "TIADA" pada tanda ruangan mereka
Jikalau tiada sesiapa di sisimu
Apabila rohmu berangkat pergi
Kan ku ikutmu ke dalam kelam