Kuberdoa kepada Tuhan
Dengan jiwa raga dan tubuhku
Setiap hari sepanjang hidupku
Dengan setiap nafas kuberjanji
Akan menjalani hidupku seperti yang Kau mahu
Oh Allah, Kau bangkitkan jiwaku
Dan Kau terangi cahaya-Mu ke dalam hatiku
Jadi, tujuan hidupku hanyalah untuk mendapat restu-Mu
Oh aku sangat mencintai-Mu
Aku sangat mencintai-Mu
Korus:
Kini kutahu rasanya
Memperoleh kasih-Mu dalam hidupku
Kini kutahu rasanya
Memperoleh kedamaian di hati
Kuharap semua 'kan tahu
Bagaimana kasih-Mu membebaskanku
Membebaskanku dan menjadikanku tabah
Oh Allah, selamanya kubersyukur pada-Mu
Kata-kataku tidak cukup untuk menzahirkannya
Kau berikanku kekuatan menghadapi cabaran hidupku
Dan berdiri tabah menghadapi kesusahan
Engkaulah yang membangkitkan jiwaku
Engkaulah yang menerangi cahaya-Mu ke dalam hatiku
Jadi, tujuan hidupku hanyalah untuk mendapat restu-Mu
Oh aku sangat mencintai-Mu
Aku sangat mencintai-Mu
KORUS
Kasih sayangku, hidupku, iangku, malamku, hartaku, ibadatku - semuanya buat-Mu
Dan kubersumpah bahawa aku takkan mendahului sesiapa
Ataupun sesuatu selain-Mu
Kasih sayangku, hidupku, iangku, malamku, hartaku, ibadatku - semuanya buat-Mu
KORUS