[Nenek Tala:]
Aku kenal seorang gadis dari sebuah pulau
Dia menjauhkan diri dari orang ramai
Dia mencintai laut dan orang-orangnya
Dia membuatkan seluruh keluarganya bangga
Kadang-kadang dunia ini kelihatan seperti menentangmu
Perjalanannya mungkin akan meninggalkan parut
Tapi parut akan sembuh dan timbul
Di mana kamu berada
Orang yang kamu sayangi akan mengubahmu
Benda-benda yang telah kamu pelajari akan membimbingmu
Dan tiada apa di bumi ini dapat mendiamkan
Suara yang senyap dalam dirimu
Dan apabila suara itu mula berbisik
Moana kamu sudah datang sejauh ini
Moana dengarlah
Tahukah kamu siapa dirimu?
[Moana:]
Siapakah diriku?
Akulah gadis yang mencintai pulauku
Akulah gadis yang mencintai laut
Ia menyeruku
Akulah anak perempuan ketua kampung
Kami adalah keturunan pelayar
Yang menemui jalan mereka merentasi dunia
Mereka menyeruku
Aku telah membawa kita ke tempat kita berada
Aku telah berlayar lebih jauh
Akulah segalanya yang telah aku pelajari dan lebih lagi
Ia masih menyeruku
Dan seruannya bukanlah hanya di luar sana, bahkan ia di dalam diriku
Ia bagaikan ombak; sentiasa jatuh dan naik
Aku akan membawamu di sini dalam hatiku kau akan mengingatkanku
Bahawa apa pun yang terjadi
Aku tahu jalannya
Akulah Moana!