[Anna:]
Kini semuanya terbuka
Tak tahu mereka masih melakukannya
Siapa tahu kami ada lapan ribu pinggan
Dewan mewah untuk pesta
Mengapa dibina jika tak guna?
Akhirnya semua berubah
Manusia begitu ramai
Teruja melihatnya
Wau, adakah aku bersedia?
Untuk pertama kalinya
Ada muzik dan cahaya
Untuk pertama kalinya
Aku menari gembira
Keliru apa yang kurasa
Tapi semuanya indah
Untuk pertama kalinya
Aku tak kesunyian
Tak sabarnya nak jumpa semua orang!
Macam mana kalau... terjumpa 'dia'?
Malam ini aku pasti
Bersolek indah menghias diri
Menunjukkan perwatakan sopan
Tiba-tiba ku terpandang
Jejaka kacak dan menawan
Mulutku pula penuh coklat
Sambil bercerita ketawa
Sepanjang malam riang
Tak pernah ku rasa begini
Untuk pertama kalinya
Ada majlis yang indah
Untuk pertama kalinya
Aku jadi tumpuan
Mungkin bunyinya sedikit gila
Bermimpi berjumpa cinta
Untuk pertama kalinya
Peluangku luas terbuka
[Elsa:]
Harus begini, aku hadapi
Jadi gadis yang diharapkan
Lindungi, sorokkan
Silap saja dan semua orang akan tahu
[Elsa:] Hari ini sahaja
[Anna:] Hari ini saja
[Elsa:] Seksa menunggunya
[Anna:] Seksa menunggunya
[Elsa:] Perintahkan pagar dibuka
[Anna:] Buka
[Anna:] Untuk pertama kalinya
[Elsa:] Rahsiakan, ku sorokkan
[Anna:] Impianku tercapai
[Elsa:] Jadilah gadis yang diimpikan
[Anna:] Masa mengubah duniaku
[Elsa:] Sorokkan
[Anna:] Mendapatkan cinta
[Elsa:] Diamkan rahsiaku
[Anna:] Tak mahu tunggu lagi
Tibalah hari ini
Untuk pertama kalinya
Untuk pertama kalinya
Tiada yang halang!