Hari berlalu tak terhitung
payah ku rasakan untuk hidup, mabuk
dari wangian yang lain dari kepunyaanmu
parah, ku hitung tiap minit yang kita luangkan bersama
aku bagaikan banduan dalam diri
setahun berlalu sejak dia selamatkan aku dari mu
sering ku tertanya di mana aku untukmu
sering ku tertanya apa kau lakukan, di mana, siapa yang kau cintai...
keluar dari fikiranku!
alamat, nombor telefon dah ku tukar, terima kasih
surat dan segala kesalahanmu telah ku buang
biarpun aku terlilhat kuat
ku simpan kemas segala yang kau pernah mencintaiku
Ku cuba untuk lupakanmu dengan yang lain
waktu nampaknya tak mampu padamkan kesalahanmu
ku cuba namun sia sia, ku tak boleh, ku tak mahu
ku tak mampu, ku tak cintakan dia sebagaimana ku mencintaimu
ku cuba untuk teruskan hidup dengan yang lain
yang cuba sebaiknya menebus kesalahanmu
biarpun luarannya sempurna, namun sia sia, ku menyerah
ku tak boleh, ku tak cintakan dia sebagaimana ku mencintaimu
Dia, dia cuba untuk memujukku
biarpun tanpa kata katamu, masa lalu mu
benar, tapi dia tak punya citarasa mu dalam berhibur,
untuk malam, untuk yang lain, untuk segala yang ku benci
dia yang kesat seluruh air mata ini, kau tahu
yang kutip segala yang kau hancurkan
dan dia yang uruskan segala hutang, beban, penipuan
semua yang kau tinggalkan untukku
bagai gila dia mencintaiku, yang tahu hati budi ku
yang tak jemu untuk ucapkan kata kata cinta berjam lamanya
namun dia tak punya bau mu
dalam pelukannya kenapa kau yang menjadi nafasku
keluar dari fikiranku!
Ku tak cintakan dia sebagaimana ku mencintaimu
beritahu saja pada ku , kenapa?
aku kau biarkan begitu..
ku ingin lupakanmu
ambil kembali mimpi mimpimu dan menghilanglah
kerana ku ingin mencintainya sebagaimana ku mencintaimu..