Ku tahu gelap, tak sebegini
Membeku dan kosong, terhenti
Semuanya dah musnah diselubungi kegelapan
Ku bersedia akur
Aku mengikutimu sentiasa
Tapi kau telah pergi, entah mana
Kesalku
Ada kuasa menarik jatuh
Namun ada satu bisikan:
"Kau hilang, ku hampa tapi kuterima"
Bangkit semampuku
Adakah hari selepas ini?
Tak tahu apa yang sebenar
Tak temui arahnya, ku sendiri
Bintangku selama ini kamu
Bagaimana kini kubangun lagi tanpamu?
Bangkit semampuku
Kujejak, jejak lagi sehingga ku berdaya
Bangkit semampuku
Langkahku memang kecil
Sekadar kekuatan bergerak seiring nafas
Setiap jejak
Aku sedar, aku ada daya
Untuk kegelapan ini menuju satu cahaya
Bangkit yang termampu
Di pagi yang hening nan jelas semua tak seperti dahulu lagi
Dan pilihanku yakin untuk terus bangkit semampuku