Aku tercipta sesuatu berjarum dan baharu
Sungguh pun ia tak sekata, tak harum
Namun bayangkan apa dayaku?
Hei, luahkan, luahkan!
Lekas luahkan, luahkan
Apa dayaku?
Sayang, luahkan, luahkan
Mari luahkan, luahkan
Apa dayaku?
Ku hamparkan rampai mawar
Flor de Mayo yang bermaya
Ku paparkan gaya lawa
Walau sayu masih ayu
Apalah dayaku jika ku pancarkan rasa di jiwa?
Sedarkah, kau ke mana?
Apalah dayaku jika ku tidak mesti sempurna
Bebas mengakuri diri sendiri
Ibarat pohon jacaranda mengulit, melingkar dan mekar
Palma de cera ke atmosfera bawaku lalu
Apa dayaku?
Jika ku semaikan pohonan perdu yang hidupnya meliar dan tiada madu
Ku mahu rasa getaran yang baharu
Tak lagi begini dan menyelami kalbu
Nyatalah hidupmu bak mimpi sejak saat kau dilahirkan
Bak akar yang terbenam
Ku tahu mekar yang kauembuhkan akan lebih indah jika kau bebas tumbuh (Ku bebas tumbuh)
Mencapai ke puncak raya
Ibarat pohon jacaranda mengulit, melingkar
Palma de cera ke atmosfera bawaku lalu (Lalu, lalu)
Apalah dayamu jika kau selami rasa di jiwa?
Kini tiba masanya
Apalah dayamu jika kau sedar kau tak sempurna?
Itu tak mengapa
Tunjukkan dikau siapa
Ku kan subur bak tabebuia (Dia kan subur berjaya)
Mengukir fikiran
Nyatalah kini ia lebih indah kerna kau tunjuk apa dayaku
Tunjukkan dayamu
Apa dayaku?
Kini kita tahu apa dayaku