Mungkin daku tersilap
Dan mungkin itu buat kauragu
Mungkin tak perlu cuba
Cubalah untuk percaya
Beriku peluang 'tuk buktikan seperti yang kaumahu
'Kau 'kan berbangga
'Kan kubuat yang terbaik
Kuberusaha buat dikau yakin yang daku mampu
'Ku kan kembali lebih dari yang kauimpi
Mungkin kausedari 'kau tak kenal diriku yang sebenar
Banyak kesalahanku
Kutahu kukecewakanmu
Walau apa pun cara, ku 'kan perbaiki, lihatlah
Nantikan, kutebus segala walau sampai ke akhir nyawa
'Kau 'kan berbangga
'Kan kubuat kaupercaya
Daku buktikan bahawa diriku telah berubah
'Ku 'kan berjaya dan kembali lebih yakin
Kerana kuimpikan senyuman, wajah ayahku penuh bangga
Kebangkitanku 'kan membuat ayahku bangga